✸GoodNightStar✸
Petua Kecantikan Rambut
Sabtu, 12 Januari 2013 | 1 Hello Kitty (s)!


Assalamualaikum..


Siapa kata yang bertudung tak perlu jaga rambut? Kami yang bertudung ni lah kena jaga betul-betul rambut yang kali lindungi dengan tudung / hijab ni.


Amboi Taylor Swift :P


HITAMKAN RAMBUT BERUBAN DENGAN DAUN KARI
Tak semestinya yang beruban tu orang tua sahaja. Ada jugak orang muda yang mengalami masalah rambut beruban sebab akar rambutnya sakit. So jom usha petua ni.
  1. Ambil segenggam daun kari dan campur dengan satu sudu minyak kelapa
  2. Masak campuran tersebut atas api sederhana hingga daun kari hangus.
  3. Tutup api dan biarkan campuran tersebut sejuk pada suhu bilik.
  4. Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut dan amalkan selalu.

LEBATKAN RAMBUT
  1. Gunakan pati santan, dan lumurkan pada rambut yang lembap dan sapu rata di keseluruhan kepala hingga ke akar rambut.
  2. Ambil tuala yang bersih dan kering, bungkus kepala anda selama setengah jam.
  3. Kemudian, bila kepala dengan air suam.




Masalah rambut gugur bukan sahaja dialami oleh mereka dari golongan yang berusia, namun hampir semua golongan usia mengalami masalah ini. Berikut adalah beberapa petua dan tips mengatasi masalah keguguran rambut.

PETUA MENGATASI RAMBUT GUGUR 1
  1. Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas.
  2. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga.
  3. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit.
  4. Bilas dengan air besih.
  5. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga.

PETUA MENGATASI RAMBUT GUGUR 2
  1. Hiris beberapa keping limau nipis dan tenyehkan isinya ke kulit kepala.
  2. Kemudian sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit.
  3. Bungkus kepala selama beberapa jam dan lemudian bilas dengan air bersih.
  4. Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut.

PETUA MENGATASI RAMBUT GUGUR 3
  1. Masak santan dari sebiji kelapa sehingga mengeluarkan minyak.
  2. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
  3. Lumurkan santan berminyak ini pada keseluruhan kepala dan bungkus kepala semalaman.
  4. Bilas dengan air bersih.
  5. Amalkan selalu dapat menguatkan akar rambut disamping membuatkan rambut kelihatan cantik bersinar.

Sumber: Cik Comel


Older Post | Newer Post
Wink wink



Hi peeps. Saya blogger tegar, haha. Welcome to my NIGHT world. I love you, you must love me back :D

Maizatul Nurirwane bt Idris
28/02/1996
Kluang Johor
VVVVVIP!

Kenangan

Title
  • KAWAII GIVEAWAY

    Monthly
  • Disember 2012
  • Januari 2013
  • Mac 2013
  • April 2013
  • Mei 2013


  • JOM TERJAH!




    Walkie talkie!